Dua rakan maut kereta bertembung van

Dua rakan maut kereta bertembung van

am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: Dua sahabat maut apabila kenderaan yang dinaiki bertembung sebuah van dalam kejadian kemalangan di KM 26.5 Jalan Terengganu ke Kota Bharu, di Selinsing, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, mangsa Mohamad Azrul Hakim Mohd Rosli dan Muhammad Ammar Hakim Mohd Zainuddin masing-masing berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, ketika kejadian kereta dipandu Azrul Hakim dari Kota Bharu- Terengganu dipercayai memasuki laluan bertentangan dan merempuh van dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun.

“Pemandu van dan penumpang hanya mengalami cedera ringan.

“Sementara, pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil parah dan disahkan meninggal dunia lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mereka yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kemalangan boleh hubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Puteri Famieza Abd Kahar di talian 017-2047828.

© New Straits Times Press (M) Bhd