Video Semburit 2.0 cemari kempen akhir PRN15

Video Semburit 2.0 cemari kempen akhir PRN15

SUNGAI BESAR – Kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) yang semakin menuju pengakhiran dicemari dengan penularan klip video seks mirip Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lelaki menyerupai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Klip video berdurasi 1 minit 11 saat itu yang memaparkan aksi dua lelaki di sebuah bilik dipercayai rakaman video lama disebarkan semula melalui aplikasi WhatsApp daripada pihak yang tidak dikenali.

Rakaman video itu antara lain mengandungi logo Perikatan Nasional (PN) dan Pas, selain gambar orang ramai bersama logo parti Islam itu.

Selain itu, klip video berkenaan disunting bersama rakaman audio dipercayai milik Haziq yang mengaku pelaku dalam video berkenaan adalah beliau sendiri.

Turut diselitkan suara latar bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang sebelum ini mengesahkan bahawa video itu tulen, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak dapat mengesahkan pelaku terbabit.

Penularan klip video yang turut menyelitkan mesej tertera ‘PN Best, Semburit Pun Best’.- MalaysiaGazette