LATEST
US Republicans derail bid to impeach Pentagon chief Eating more carbs could turn back your biological clock স্মার্টফোন বারবার হ্যাং বা Slow হচ্ছে? জেনে নিন প্রধান ৫ কারণ প্রধানমন্ত্রীর বাসভবনের কাছে ‘জয় বাংলা’ স্লোগান, ৩ যুবককে পুলিশে দিলেন ছাত্রদল নেতা Nvidia-র আধিপত্যে চ্যালেঞ্জ, AI Chip বাজারে শক্তিশালী হচ্ছে Broadcom British boxer Zak Miller rushed to hospital after head clash caused severe swelling Trump ally elected US House Republican leader after election rout Te Arai Links flooded with enquiries after Asia-Pacific Amateur Championship goes global

Baru 11 tahun, Dr Sheikh Muszaphar ajar anak subjek Biologi buat netizen tergamam!

Baru 11 tahun, Dr Sheikh Muszaphar ajar anak subjek Biologi buat netizen tergamam!

Nama angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak asing lagi dalam kalangan netizen memandangkan dia antara salah seorang tokoh yang sentiasa menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia.

Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sheikh Muszaphar di laman Instagramnya, dia mendedahkan anak sulungnya, Sophea Isabella yang berusia 11 tahun sudah mula belajar subjek biologi telah berjaya menarik perhatian netizen.

Dalam video tersebut, kelihatan anaknya sedang berada di biliknya sambil memegang model jantung dan beberapa buah buku subjek biologi dilihat di atas meja belajarnya.

Difahamkan, angkasawan yang berusia 50 tahun itu telah membuat keputusan untuk mengajar anak gadisnya itu subjek biologi dan beberapa subjek seperti Fizik serta Matematik Tambahan memandangkan Bella kini dalam persiapan untuk mengikuti pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk program Genius Permata Pintar (PPCS).

Bukan itu sahaja, Bella telah lulus peperiksaan bagi semester UKM pertama dan kedua sebelum ini dan dia akan menghadapi fasa terakhir bagi menghadiri 1- hari ‘Summer Camp PPCS’ dan semester UKM ketiga pada 11 hingga 21 Desember.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan bangga mereka apabila melihat kebijaksaan yang dimiliki oleh anak angkasawan itu.

Malah, netizen turut mendoakan agar segala urusan Bella untuk menghadapi ujian peperiksaan tersebut dipermudahkan dan berjaya melayakkan diri ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk program Genius Permata Pintar (PPCS).

Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar

Latest news