LATEST
US charges three ‘Iranian operatives’ over UK airbase plot Horse racing: Jockey Izzy Neale dies after race fall in Australia রোহিঙ্গা প্রত্যাবাসনে তুরস্কের সমর্থন অব্যাহত রাখার আহ্বান প্রধানমন্ত্রীর The woman in the middle of Nvidia’s spy scandal Touchscreen MacBook Pro আনছে Apple, সুবিধার সঙ্গে বাড়ছে নতুন উদ্বেগ Local gardeners on track for bumper crops with new Canberra Organic Growing Guide David Walliams epitomises a society that refuses to take responsibility iPhone 18 Pro Max নাকি Pixel 11 Pro XL, ক্যামেরায় কে এগিয়ে?

Ben Amir cari calon isteri? Jenis pergi gim, pandai masak boleh cuba nasib

Ben Amir cari calon isteri? Jenis pergi gim, pandai masak boleh cuba nasib

Tindakan pelakon, Ben Amir memuat naik satu ciapan mencari ‘Timbalan Perdana Menteri’ (TPM) mencuri tumpuan warganet di laman Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu sedang mencari TPM atau dalam erti kata lain adalah calon isteri dengan meletakkan beberapa kriteria yang diidamkan.

“Saya membina kerajaan sendiri. Mencari  TPM. Seelok-eloknya gadis yang pergi gimnasium, pandai masak, akan terhibur dengan lawak saya yang membosankan,” tulisnya semalam.

Dalam ciapan sama, pelakon drama Sweet Dreams itu turut berharap gadis yang dicari mempunyai naluri keibuan selain boleh menjadikan dirinya ke arah lebih baik.

“Memiliki naluri keibuan, menjadikan saya seorang yang lebih baik dan juga ‘baddie’ (nakal),” kongsinya lagi.

Ciapan dimuat naik itu Ben mendapat lebih 5,000 ulang kicau dan 17,000 tanda suka serta pelbagai reaksi daripada golongan wanita yang rata-rata berseloroh sekali gus mencuba nasib menjadi calon ‘TPM’.

Terdahulu, ramai selebriti bersemangat membicarakan soal kepimpinan negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang telah diadakan pada 19 November lalu.

Bagaimanapun, Malaysia berhadapan situasi parlimen tergantung susulan tiada parti yang mencapai majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan.

Sumber: Twitter & Instagram Ben Amir

Latest news