LATEST
US Republicans derail bid to impeach Pentagon chief Eating more carbs could turn back your biological clock স্মার্টফোন বারবার হ্যাং বা Slow হচ্ছে? জেনে নিন প্রধান ৫ কারণ প্রধানমন্ত্রীর বাসভবনের কাছে ‘জয় বাংলা’ স্লোগান, ৩ যুবককে পুলিশে দিলেন ছাত্রদল নেতা Nvidia-র আধিপত্যে চ্যালেঞ্জ, AI Chip বাজারে শক্তিশালী হচ্ছে Broadcom British boxer Zak Miller rushed to hospital after head clash caused severe swelling Trump ally elected US House Republican leader after election rout Te Arai Links flooded with enquiries after Asia-Pacific Amateur Championship goes global

Da’i Syed pasrah, isteri pinjam jubah buat pergi cabut rumput

Da’i Syed pasrah, isteri pinjam jubah buat pergi cabut rumput

Pasangan pengantin baru, Da’i Syed dan personaliti TV Alhijrah, Hana Ismail atau lebih dikenali sebagai Hana Al Mauzah sememangnya masih lagi dalam mood honeymoon apabila melangsungkan perkahwinan pada 3 Disember tempoh hari.

Pasangan ini juga kerap berkongsi momen bahagia sebagai pasangan pengantin lebih-lebih lagi Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful gemar mengusik isterinya yang sentiasa tersenyum.

Syed yang memang aktif di media sosial telah memuat naik video mereka berdua mengelilingi kawasan kampung dan membuatkan geng ‘single’ cemburu melihat pasangan serasi ini.

Terbaru, pendakwah selebriti berkenaan telah berkongsi momen lucu apabila menyakat isteri dengan membuat ‘kantoi’ mendedahkan yang Hana memakai jubahnya ketika berada di rumah sambil mencabut rumput di halaman.

Ujarnya di kapsyen yang disertakan, jubah tersebut digunakan untuk menunaikan solat, namun dipakai isteri di rumah. Lebih kelakar lagi, pengacara berkenaan tetap mempertahankan hujahnya yang terang-terang memakai jubah secara terbalik.

Gurauan-gurauan daripada pasangan tersebut sememangnya menghiburkan peminat Da’i Syed yang sentiasa mengikuti perkembangan pendakwah kacak berkenaan di media sosial memandangkan dia mempunyai pengikut tersendiri dari kalangan orang muda.

Mereka yang sebelum ini mendedahkan hanya berkenalan beberapa jam sebelum membuat solat istikharah memohon petunjuk telah selamat bergelar pasangan suami isteri pada 3 Disember lalu.

Pernikahan yang dibuat dalam suasana cukup sederhana dan seperti majlis ilmu telah dirai oleh ahli keluarga terdekat serta kenalan mereka yang sememangnya mendoakan agar pasangan tersebut bahagia hingga ke akhir usia walaupun mempunyai jarak usia yang agak jauh.

Sumber: Instagram Da’i Syed

Latest news