LATEST
নারায়ণগঞ্জে মাদ্রাসায় অগ্নিকাণ্ডের ঘটনায় হাসপাতালে ভর্তি ৬৩ টুঙ্গিপাড়ায় পুলিশের গাড়িতে আগুন, ঢাকা-খুলনা মহাসড়কে সড়ক অবরোধ ও ককটেল বিস্ফোরণ কপ-৩১ সম্মেলনে অংশ নিতে তুরস্কে পৌঁছেছেন প্রধানমন্ত্রী এলডিসি পেছানোর সুযোগে কপ৩১ থেকে বাংলাদেশ কী আশা করতে পারে? শ্রমবাজারের চাহিদা অনুযায়ী দক্ষ জনশক্তি গড়ার তাগিদ বিশেষজ্ঞদের টিকিট বিক্রি করে ৪ হাজার কোটি টাকা উঠানো সম্ভব? All Blacks v Wales: Will Jordan faces race against time to play again this year ঢাকাসহ তিন অঞ্চলে ঘণ্টায় ৬০ কিমি বেগে ঝোড়ো হাওয়াসহ বৃষ্টির আভাস

Drama pujuk memujuk atas pentas, netizen muak lihat ‘rajuk’ Mas Idayu

Drama pujuk memujuk atas pentas, netizen muak lihat ‘rajuk’ Mas Idayu

Bahang minggu lalu di program nyanyian Famili Duo masih terasa sisanya malam tadi walaupun tiada sebarang kejadian ‘tidak diingini’ beralku di atas pentas tersebut.

Memetik laporan daripada Kosmo!, tindakan juri tetap, Mas Idayu yang ‘membatu’ dan enggan memberikan komen kepada pasangan-pasangan peserta yang berentap membuatkan media sosial heboh memperkatakan hal tersebut.

Disebabkan dia seperti merajuk dan tidak memberikan sebarang komen untuk persembahan pertama, pasangan adik beradik, Siti Saerah dan Siti Saidah telah memujuk Mas Idayu untuk memberikan sepatah dua kata untuk mereka.

Perkara itu membuatkan netizen meluahkan rasa meluat mereka menerusi ciapan di Twitter kerana menganggap adegan seperti itu berlebihan terutamanya untuk tontonan keluarga di kaca televisyen.

Sebelum ini, Mas Idayu telah mengeluarkan komen mengatakan kecewa dengan persembahan Sissy Iman serta Naim Daniel pada minggu lalu sehingga Sissy dilihat sebak di atas pentas.

Dia juga seakan hilang semangat dan membuat kenyataan mengejut mengatakan yang industri seni seakan bukan tempatnya lagi dalam hantaran di Instagram.

Namun, berbekalkan semangat yang ada, dia dan Naim kembali di pentas tersebut semalam dan memberikan persembahan yang baik sehingga berjaya lolos ke final pada minggu depan.

Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat), Twitter

Latest news