LATEST
Top News

Dua beradik maut dilanggar kereta terbabas

Dua beradik maut dilanggar kereta terbabas

am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: Dua beradik maut selepas dilanggar sebuah kereta di KM 37.5 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu (Jalan Bypass), lintasan ke Bandar Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira 7.10 malam itu membabitkan mangsa Nurul Atikah Mohd Zuhair, 23, dan kakaknya, Nurul Hanani, 29, yang menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan muka.

“Kemalangan berlaku ketika pemandu kereta Perodua Viva berusia 23 tahun, dari Gong Kulim ke Telosan, hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Kereta berkenaan melanggar motosikal mangsa menyebabkan kedua beradik itu tercampak dan melambung ke bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu Viva yang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in Top News

View all

Latest news