am@hmetro.com.my
Besut: Kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Azbi Salleh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bertambah manis selepas diiringi dua orang isterinya.
Norazida Ismail, 50, bersama madunya, Masnida Mat Kudin, 44, isteri berkongsi detik itu ketika Azbi diumumkan sebagai pemenang.
Azbi berkata, beliau pada awalnya hanya menyasarkan majoriti sekitar 2,000 namun tidak menyangka akan menang lebih besar ke atas calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Katanya, ini kali kedua beliau bertanding di Dun berkenaan sebelum ini pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan tewas kepada calon BN.
“Terdapat beberapa faktor dilihat menjadi penyumbang kemenangan kali ini yang pertama sikap cakna saya kepada rakyat sepanjang menjadi penyelaras DUN Kuala Besut sejak lima tahun lalu.
“Kedua berlaku tsunami penolakan rakyat terhadap Umno dan ketiga gelombang seluruh negara signal menolak kepimpinan,” katanya.
Sementara Itu, Masnida Berkata, Mereka Bersyukur Atas Kemenangan Suami Serta Seluruh Jentera Pas Serta Bersatu.
“Kami akan terus membantu suami untuk menunaikan tanggungjawab serta menjaga rakyat di Dun Kuala Besut ini,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd



