Garbine mahu berehat lebih lama

Garbine mahu berehat lebih lama

London: Garbine Muguruza akan berehat lebih lama dalam sukan tenis yang menyaksikan dia terlepas kejohanan di gelanggang tanah liat dan rumput pada tahun ini, umum bekas juara Terbuka Perancis dan Wimbledon itu, hari ini.

Garbine yang muncul juara Terbuka Perancis pada 2016 dan Wimbledon pada 2017, hanya bermain empat perlawanan pada tahun ini dan tewas semuanya.

Aksi terakhirnya adalah di Terbuka Lyon, Februari lalu apabila dia tewas di tangan pemain remaja Czech, Linda Noskova di pusingan pertama.

“Menghabiskan masa bersama keluar dan rakan benar-benar menyihatkan dan menakjubkan, jadi saya akan terus berehat sehingga musim panas ini.

“Jadi, saya akan terlepas perlawanan di gelanggang tanah liat dan rumput pada musim ini,” kata Garbine, yang kini menduduki ranking ke-132 dunia, menerusi Instagram.

Garbine, 29, adalah pemain nombor satu dunia pada 2017 dan menduduki ranking ketiga pada hujung 2021 selepas memenangi tiga gelaran WTA.

Tetapi, dia mengalami penurunan prestasi pada musim lalu apabila gagal melepasi peringkat suku akhir dalam beberapa kejohanan disertainya.

© New Straits Times Press (M) Bhd