LATEST
All Blacks v Wales: Will Jordan faces race against time to play again this year ঢাকাসহ তিন অঞ্চলে ঘণ্টায় ৬০ কিমি বেগে ঝোড়ো হাওয়াসহ বৃষ্টির আভাস যে সিনেমায় ইতিহাসের মুখোমুখি আফজাল হোসেন কোচ আমাকে অধিনায়ক হতে বললে হবো: হামজা জেনসেন হুয়াংয়ের প্রেমের সম্পর্ক ঘিরে যুক্তরাষ্ট্র-চীন সম্পর্কে নতুন উত্তেজনা ‘This is medical misogyny’: Sara’s was having a terrifying reaction to a medication পরীমনির মিডল ফিঙ্গার প্রদর্শন ঘিরে আলোচনা, আড়াই হাজার বছরের পুরোনো এই অঙ্গভঙ্গির ইতিহাস শীত পড়তেই ঠোঁট ফাটছে, যত্ন নেবেন যেভাবে

Kecantikan tiada tandingan, peminat dakwa wajah tunang Shuib iras Rosmah Mansor

Kecantikan tiada tandingan, peminat dakwa wajah tunang Shuib iras Rosmah Mansor

Sejak kebelakangan ini, nama tunang pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah sering menjadi bualan netizen di laman sosial.

Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah temu bual bersama program MeleTOP, pasangan merpati dua sejoli tersebut telah diundang sebagai tetamu telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

@mymeletop

#Watie okay ke tu pegang mic tu? ???? Jenuh @Shuib Sepahtu minta maaf ???????? #meletop #shuibwatie

♬ original sound – MeleTOP – MeleTOP

Dalam video itu, Watie dilihat menjawab pertanyaan daripada pengacara Hawa dan Nabil namun, cara dia mengendalikan mikrofon telah mencuit hati penonton.

Mana tidaknya, ramai yang terhibur dengan gelagat Watie yang pertama kali menghadiri program hiburan seperti itu sehingga menyebabkan dia kelihatan agak gugup tanpa disedari.

Sementara itu, ramai yang memuji kecantikan yang dimiliki bakal isteri Shuib itu dan ada segelintir peminat yang memaklumkan wajah Watie ada seiras dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor ketika muda.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa wajah Watie mirip seperti pelakon veteran, Delimawati.

Bagaimanapun, netizen mendoakan agar urusan untuk menuju hari bahagia mereka dipermudahkan selalu dan bahagia dunia akhirat.

Sekadar info, Shuib telah melangsungkan majlis pertunangan bersama Watie pada 6 Mei lalu dan bakal diijab kabulkan pada 23 Jun ini.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, Dzahira Talita, Ariq Martin dan Ayash Affan.

Sumber: TikTok @MeleTOP

Latest news