LATEST
US charges three ‘Iranian operatives’ over UK airbase plot Horse racing: Jockey Izzy Neale dies after race fall in Australia রোহিঙ্গা প্রত্যাবাসনে তুরস্কের সমর্থন অব্যাহত রাখার আহ্বান প্রধানমন্ত্রীর The woman in the middle of Nvidia’s spy scandal Touchscreen MacBook Pro আনছে Apple, সুবিধার সঙ্গে বাড়ছে নতুন উদ্বেগ Local gardeners on track for bumper crops with new Canberra Organic Growing Guide সাবেক দুই সেনা কর্মকর্তা আবারও রিমান্ডে David Walliams epitomises a society that refuses to take responsibility

Komen berbaur lucah, individu didakwa staf universiti tempatan disiasat

Komen berbaur lucah, individu didakwa staf universiti tempatan disiasat

Baru-baru ini, tular pula di media sosial seorang individu yang dipercayai kakitangan daripada salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengeluarkan komen berbaur lucah terhadap seorang wanita ketika membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna @kikoviolett di laman Twitternya, wanita terbabit yang merupakan seorang jurujual mendedahkan perkara tersebut kepada umum mengenai kejadian yang memalukan itu.

Dalam video tersebut, wanita itu meluahkan pelik serta terkejut apabila lelaki terbabit menanyakan soalan saiz pakaian dalamnya memandangkan sudah setahun menjual di aplikasi itu dan tidak pernah penonton yang bertanya soalan privasi berkenaan.

Bukan itu sahaja, dia menegaskan pada malam tersebut, dia memakai pakaian yang menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh.

Susulan itu, wanita terbabit dengan beraninya mendedahkan wajah lelaki gatal berkenaan dan dipercayai, dia salah seorang staf daripada universiti tempatan Malaysia.

Malah, apa yang lebih mengejutkan lelaki itu pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang namun, pencapaiannya itu tidak mencerminkan akhlaknya dengan meninggalkan komen berbaur lucah seperti itu.

 

Bagaimanpun, cakna dengan apa yang berlaku, universiti terbabit telah membuat keputusan akan mengambil tindakan selanjutnya dengan membuat siasatan dan berharap semua pihak bersabar serta tidak memanjangkan lagi isu tersebut.

 

Sumber: Twitter @universitiputramalaysia, @kikoviolett

Latest news