LATEST
All Blacks v Wales: Will Jordan faces race against time to play again this year ঢাকাসহ তিন অঞ্চলে ঘণ্টায় ৬০ কিমি বেগে ঝোড়ো হাওয়াসহ বৃষ্টির আভাস যে সিনেমায় ইতিহাসের মুখোমুখি আফজাল হোসেন কোচ আমাকে অধিনায়ক হতে বললে হবো: হামজা জেনসেন হুয়াংয়ের প্রেমের সম্পর্ক ঘিরে যুক্তরাষ্ট্র-চীন সম্পর্কে নতুন উত্তেজনা ‘This is medical misogyny’: Sara’s was having a terrifying reaction to a medication পরীমনির মিডল ফিঙ্গার প্রদর্শন ঘিরে আলোচনা, আড়াই হাজার বছরের পুরোনো এই অঙ্গভঙ্গির ইতিহাস শীত পড়তেই ঠোঁট ফাটছে, যত্ন নেবেন যেভাবে

Netizen persoal tindakan guru geledah beg sekolah, makan vitamin dibawa murid

Netizen persoal tindakan guru geledah beg sekolah, makan vitamin dibawa murid

Tular satu video memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai guru di sebuah sekolah swasta menghasilkan konten dirinya sedang memeriksa beg sekolah tanpa murid-murid di dalam kelas.

Video itu dimuat naik akaun @amuse_gueule di laman Twitter meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil cakna berhubung tindakan guru tersebut kerana membabitkan profesionalisme sebagai pendidik.

“Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, saya menerima video ini melalui WhatsApp. Guru memeriksa barangan murid dalam beg dan memuat naik video di media sosial.
“Saya tak tahu nama akaunnya di TikTok tetapi guru itu memakai lanyard sekolah tersebut,” tulis @amuse_gueule dalam satu ciapan hari ini.

Rakaman berdurasi hampir satu minit itu memaparkan guru berkenaan memeriksa beberapa beg murid sebelum mengeluarkan barang yang ada di dalamnya seperti kotak pensel, bekas makanan, buku latihan dan sebagainya.

Guru terbabit juga dilihat mengeluarkan bungkusan produk vitamin kanak-kanak sebelum mengambil dua ketul ‘gummies’ untuk dikunyah.

Mengulas lanjut, @amuse_gueule mendakwa tindakan guru itu melanggar kod etika apatah lagi memuat naik video ke media sosial tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga murid.

Ciapan berkenaan menerima 2,480 tanda suka dan diulang kicau lebih 2,400 kali selain pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tindakan guru terbabit.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu membuat spekulasi bahawa video konten tersebut adalah sebahagian daripada strategi bagi mempromosikan jenama produk vitamin kanak-kanak yang dikunyah guru berkenaan.

Namun begitu, guru yang memiliki 1.5 juta pengikut di TikTok itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakannya yang tular dalam kalangan netizen Twitter.

Sumber: TikTok @amuse_gueule

Latest news