LATEST
US charges three ‘Iranian operatives’ over UK airbase plot Horse racing: Jockey Izzy Neale dies after race fall in Australia রোহিঙ্গা প্রত্যাবাসনে তুরস্কের সমর্থন অব্যাহত রাখার আহ্বান প্রধানমন্ত্রীর The woman in the middle of Nvidia’s spy scandal Touchscreen MacBook Pro আনছে Apple, সুবিধার সঙ্গে বাড়ছে নতুন উদ্বেগ Local gardeners on track for bumper crops with new Canberra Organic Growing Guide David Walliams epitomises a society that refuses to take responsibility iPhone 18 Pro Max নাকি Pixel 11 Pro XL, ক্যামেরায় কে এগিয়ে?

Penampilan Cik B terima pujian, wajah ‘eksotik’ dikatakan mirip artis Hollywood

Penampilan Cik B terima pujian, wajah ‘eksotik’ dikatakan mirip artis Hollywood

Penampilan anak kepada usahawan kontroversi, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B kerap mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi sejak dia berambut pendek.

Terbaru, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah memuat naik gambar swafoto dengan penampilan berambut pendek serta berbaju berwarna kuning.

Dia juga mengenakan makeup sehingga mendapat pelbagai respon daripada warganet yang teruja dengan ‘wajah terbaru’ pelakon terbabit.

Ada di antara netizen mengkritik penampilan Cik B yang terlihat seperti seorang lelaki kerana berambut pendek dan lebih selesa memakai baju T-shit.

Mereka meminta supaya pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu belajar menutup aurat serta berdandan seperti seorang wanita.

Walau bagaimana pun, kebanyakan warganet memuji Cik B kerana dikatakan persis artis antarabangsa lebih-lebih lagi dengan makeup dan warna kulit yang menarik.

Mereka juga memberi semangat kepada selebriti remaja itu untuk terus menjadi diri sendiri kerana ia membuatkan orang lain terinspirasi dengan penampilannya yang begitu yakin.

 

 

Sumber: Instagram Cik B

 

Latest news