Penantian Tsitsipas berbaloi

Penantian Tsitsipas berbaloi

Miami: Pemain tenis pilihan kedua dari Greece, Stefanos Tsitsipas menewaskan pemain pusingan kelayakan dari Chile, Cristian Garin 6-3, 4-6, 6-4 untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Miami, hari ini.

Bagi acara perseorangan wanita, Elena Rybakina menewaskan Elise Mertens untuk menghidupkan impiannya merangkul gelaran berganda ‘Sunshine Double’ yang jarang berlaku.

Tsitsipas yang masih berdepan masalah kecederaan bahu dan bermain kali pertama di Miami selepas mendapat bye dan lawan menarik diri di dua pusingan sebelumnya, melakukan 12 servis aces dalam pertarungan dua jam itu.

“Saya terpaksa menunggu lama untuk turun beraksi di gelanggang,” kata Tsitsipas.

“Ia terasa seperti bercuti pada minggu lalu apabila berada di Miami dan saya gembira kerana akhirnya dapat turun beraksi.

“Saya tak tipu, memang sukar apabila menentang pemain yang sentiasa mempamerkan permainan yang baik apabila berdepan dengan pemain utama.”

Perlawanan itu nampak seimbang sehingga Tsitsipas mendahului 5-3 pada game pertama.

Tsitsipas diuji di awal set kedua apabila ketinggalan 0-40 dan perlu menang lima mata berturut-turut untuk menyamakan kedudukan 1-1.

© New Straits Times Press (M) Bhd