Ramanan sumbang elaun wakil rakyat kepada masjid, rumah ibadat

Ramanan sumbang elaun wakil rakyat kepada masjid, rumah ibadat

KUALA LUMPUR – Datuk R Ramanan hari ini menyumbangkan elaunnya sebagai  Ahli Parlimen Sungai Buloh kepada masjid dan rumah ibadat kawasan tersebut.

Pusat Khidmat Parlimen Sungai Buloh menerusi di laman Facebook berkata, Ramanan melakukannya untuk memenuhi janji ang dibuat pada Pilahan Raya Umum lalu.

“Sumbangan ini akan dilakukan secara bergilir dan bagi tadbir urus telus, hanya akaun bank yang berdaftar dengan masjid dan rumah beribadah akan menerima sumbangan wang elaun ini,” katanya.

Katanya, sumbangan itu diharap akan disalurkan kepada setiap jawatankuasa masjid serta rumah ibadah bagi tujuan kebajikan.

“Sesungguhnya sebuah masyarakat Madani itu terbentuk di bawah nilai sejagat yang berpaksikan ‘just and equitable rights of humanity,” ujarnya. -MalaysiaGazette

Ramanan janji tidak ambil gaji walaupun RM1