LATEST
Trump ally elected US House Republican leader after election rout US charges three ‘Iranian operatives’ over UK airbase plot Horse racing: Jockey Izzy Neale dies after race fall in Australia রোহিঙ্গা প্রত্যাবাসনে তুরস্কের সমর্থন অব্যাহত রাখার আহ্বান প্রধানমন্ত্রীর The woman in the middle of Nvidia’s spy scandal Touchscreen MacBook Pro আনছে Apple, সুবিধার সঙ্গে বাড়ছে নতুন উদ্বেগ Local gardeners on track for bumper crops with new Canberra Organic Growing Guide সাবেক দুই সেনা কর্মকর্তা আবারও রিমান্ডে

Sambung belajar sampai ‘Master’ di usia 23 tahun, Farisha Iris digelar andartu

Sambung belajar sampai ‘Master’ di usia 23 tahun, Farisha Iris digelar andartu

Sebelum ini, penyanyi, Farisha Iris mengakui dia tidak kisah menghabiskan masa mudanya dengan menuntut ilmu sehingga ke peringkat tinggi.

Bagaimanapun, keputusannya itu membuatkan segelintir individu mempersoalkan keputusannya sehingga menggelarkannya andartu.

Menerusi hantaran Farisha Iris di laman Twitter, dia mendedahkan pertanyaan daripada seorang individu yang mempersoalkan keputusannya menyambung pelajaran ke peringkat ‘Master’.

“Ini study sampai master ke sampai tua,”soalnya.

Menurut individu tersebut, penyanyi berusia 23 tahun itu mungkin akan menjadi anak dara tua atau ‘andartu’ kerana terlalu sibuk dengan pengajian.

Malah, turut membezakan kehidupan Farisha dengan wanita lain yang mana mereka semua sudah bahagia mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak kecil.

“Orang lain anak 3, you andartu,”katanya.

Tidak berdiam diri, Farisha menegaskan dia lebih rela digelar ‘andartu’ daripada hidup bersama lelaki bermasalah.

“Belajar sampai tua. Okay la tu, dari stres dengan lelaki tak guna,”jawabnya.

Sekadar info, Farisha memaklumkan dia kini sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Latest news