Samsung bakal perkenal generasi baharu 'Flip'

Samsung bakal perkenal generasi baharu 'Flip'

saufi@mediaprima.com.my

Kurang tujuh hari lagi, pengeluar peranti elektronik terkemuka, Samsung bakal memperkenalkan generasi baharu ‘flip’ miliknya sekali gus memperkemaskan generasi terdahulu.

  Ia juga adalah ‘unpacked season’ untuk Samsung serta menampilkan inovasi terkini dalam variasi peranti keluaran mereka.

  Presiden dan Ketua Perniagaan Mudahalih Samsung (Samsung MX), TM Roh berkata, untuk mencapai falsafah berteraskan kepada mencipta masa depan dengan inspirasi insan, Samsung akan terus mencipta produk dengan inovasi terkini.

  “Tahun lalu, saya memperluaskan tanggungjawab saya sebagai ketua Perniagaan MX, untuk menerajui Pusat Reka Bentuk Korporat kami.

  “Kerjaya saya sebagai seorang jurutera mengajar saya bahawa reka bentuk yang paling hebat dikaitkan dengan inovasi teknologi.

  “Tanggungjawab baharu ini membolehkan saya menyelidik lebih mendalam tentang bagaimana sinergi reka bentuk, kejuruteraan dan pembangunan serta penyelidikan (R&D) boleh menghasilkan pengalaman transformatif,” katanya.

  Roh berkata, identiti reka bentuk ini ditunjukkan oleh ekosistem perkakasan dan perisian terkini khususnya penghasilan peranti skrin boleh lipat.

  “Contohnya, tindakan melipat dan membuka telefon pintar, ia nampak mudah, bagaimanapun, kesederhanaan yang dirasakan pengguna hanya dicapai melalui tumpuan yang teliti pada perkara yang paling penting dan intuitif.

  “Kefungsian engsel khusus dengan penampilan yang minimum dan anggun menekankan komitmen kami dan keindahan yang wujud dalam reka bentuk penting.

  “Kami meningkatkan standard untuk ergonomik telefon pintar boleh lipat menerusi perbezaan milimeter dalam ketebalan peranti mungkin tidak kelihatan seperti perubahan besar, tetapi setiap gram dan milimeter dalam peranti boleh lipat memerlukan kejayaan kejuruteraan,” katanya.

  Menurutnya, apabila reka bentuk digabungkan dengan inovasi teknologi, ia menghasilkan kemungkinan baharu.

  Katanya, dengan teknologi inovatif, orang ramai boleh memanfaatkan hari ini sepenuhnya dan akhirnya mencipta yang terbaik pada hari esok.

  “Sekali gus, seninambungannya adalah generasi baharu peranti boleh lipat yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd