“Selamat jalan din, sahabatku!” – Luahan Datuk Wira Mahfuz Omar buat allahyarham Salahuddin Ayub

“Selamat jalan din, sahabatku!” – Luahan Datuk Wira Mahfuz Omar buat allahyarham Salahuddin Ayub

Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub pada malam semalam sememangnya meninggalkan kesan mendalam terhadap rakyat Malaysia.

Sebelum ini, allahyarham telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah akibat pendarahan otak oleh media sebelum dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir yang dimaklumkan oleh anaknya, semalam.

Namun apa yang menjadi perhatian media sosial, adalah luahan rakan baik allahyarham iaitu Datuk Wira Mahfuz Omar di laman Facebooknya. Posting gambar bersama allahyarham ketika masih muda dalam perjuangan, membuatkan ramai sebak apabila mengingati perhubungan dua sahabat ini.

Mengikut rekod, allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Datuk Wira Mahfuz Omar merupakan rakan seperjuangan dalam bidang politik sama-sama menubuhkan Parti AMANAH, dan sebelum ini merupakan pimpinan utama Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Menjengah ke laman komen pula, ramai yang menyifatkan allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai seorang menteri yang baik dan sentiasa komited dengan kerjanya.

Sumber : Facebook Mahfuz Omar