LATEST
US Republicans derail bid to impeach Pentagon chief Eating more carbs could turn back your biological clock স্মার্টফোন বারবার হ্যাং বা Slow হচ্ছে? জেনে নিন প্রধান ৫ কারণ প্রধানমন্ত্রীর বাসভবনের কাছে ‘জয় বাংলা’ স্লোগান, ৩ যুবককে পুলিশে দিলেন ছাত্রদল নেতা Nvidia-র আধিপত্যে চ্যালেঞ্জ, AI Chip বাজারে শক্তিশালী হচ্ছে Broadcom British boxer Zak Miller rushed to hospital after head clash caused severe swelling Trump ally elected US House Republican leader after election rout Te Arai Links flooded with enquiries after Asia-Pacific Amateur Championship goes global

Usia cecah 10 bulan, Neelofa dedah Bilal dah boleh jalan 4 hingga 5 langkah

Usia cecah 10 bulan, Neelofa dedah Bilal dah boleh jalan 4 hingga 5 langkah

Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa mendedahkan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini sudah berusia 10 bulan sudah mula berjalan empat hingga lima langkah telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @lofa.world di laman TikToknya, dia berkongsi perkembangan positif tersebut di media sosial telah membuatkan netizen begitu teruja dengan gelagatnya yang terkini.

@lofa.world

perkembangan Bilal sekarang???? mashaAllah alhamdulillah ???????? #Neelofa #MashaAllah #fypシ #FYP #MuhammadBilalHaris

♬ original sound – lofa.world – lofa.world

“Dah boleh berjalan dah, jalan dalam empat hingga lima langkah lepas itu jatuh. Sekarang dah 10 bulan hampir dua minggu. Suka sangat masuk bilik umi dia,” ujarnya.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan tidak sangka apabila Bilal sudah mula berjalan memandangkan usianya baru sahaja berusia 10 bulan.

Dalam pada itu, netizen turut menzahirkan rasa syukur dengan perkembangan Bilal serta memuji panggilan yang diberikan oleh selebriti yang berusia 33 tahun itu terhadap anaknya.

Malah, ada segelintir diantara mereka terutamanya dalam kalangan ibu berkongsi pengalaman yang memaklumkan anak mereka sudah mula berjalan sebelum berusia 10 bulan.

Sumber: TikTok @lofa.world

Latest news