Imigresen FC buat KL City mandi peluh

Imigresen FC buat KL City mandi peluh

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mengesahkan tempat ke suku akhir Piala FA apabila mengatasi pasukan Liga M3, Imigresen FC 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Walaupun turun dengan status pasukan pilihan, skuad City Boys bagaimanapun terpaksa menunggu hingga masa kecederaan babak pertama untuk berada di depan menerusi jaringan T Saravanan.

Malah, anak buah Bojan Hodak turut dipaksa bekerja keras pada babak kedua oleh pasukan dari liga separuh profesional itu sebelum Romel Morales meledak gol kedua pada minit ke-83 untuk mengesahkan kemaraan KL City.

Kemenangan itu menyaksikan KL City akan menanti pemenang perlawanan pusingan 16 antara Sabah dan Kelantan United yang akan berlangsung di Stadium Likas, malam esok.

Berdasarkan prestasi semasa, City Boys berkemungkinan besar akan berdepan Sabah, iaitu pasukan yang menjadi mangsa pertama mereka dalam saingan Liga Super musim ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd