LATEST
David Walliams epitomises a society that refuses to take responsibility iPhone 18 Pro Max নাকি Pixel 11 Pro XL, ক্যামেরায় কে এগিয়ে? শপথ অনুষ্ঠানে আরব দলগুলোর উদ্দেশে কট্টর বেন গভিরের কটূক্তি, উত্তেজনা David Walliams’ Regent’s Park home on sale for $25m Anthropic targets valuation of up to US$1.4 trillion All Blacks v Wales Nations Championship test: Line-ups, kickoff times, how to watch – all you need to know Ageing well: Health and money decisions to make in your 50s, 60s, 70s and 80s – Hannah McQueen গুলশান সেন্ট্রাল পার্কের দায়িত্ব ইয়ুথ ক্লাবকে দেওয়ায় বাপার ক্ষোভ

Ismail Izzani ‘cabut lari’ lepas SFMM37, enggan ulas video ‘peluk cium’ di kelab

Ismail Izzani ‘cabut lari’ lepas SFMM37, enggan ulas video ‘peluk cium’ di kelab

Penyanyi yang sedang hangat diperkatakan, Ismail Izzani yang hari ini muncul secara langsung di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 difahamkan cuba mengelak daripada menjawab isu video tular mirip dirinya di kelab malam selepas acara tersebut.

Menerusi laporan dari Mstar, Ismail, 22 dikatakan ‘cabut lari’ dari pihak media yang telah menunggunya selesai membuat persembahan bagi mendapatkan kenyataan dari mulut penyanyi muda tersebut.

Dalam persembahan di SFMM37, Ismail Izzani duet bersama Naim Daniel telah menyampaikan lagu Habis Sini secara langsung yang disiarkan di TV3.

Walau bagaimanapun, anak kepada Datin Suliza Salam itu tetap memuat naik momen sewaktu dia dan Naim membuat persembahan di Instagramnya dengan kapsyen “hadir’ dan “terima kasih” kepada rakan duetnya itu.

Terdahulu, Ismail Izzani kecoh diperkatakan di media sosial apabila satu video seorang pemuda sakan mencium dan memeluk wanita seksi di kelab malam mirip dirinya tular.

Setakat hari ini, dia langsung tidak membuka mulut perihal perkara itu walaupun ruangan Instagramnya dihujani dengan komen netizen.

Tak hanya itu, media sosial ibunya turut menjadi sasaran netizen yang mahu mengetahui hal sebenar sehingga artis senior berkenaan membidas komen-komen biadap netizen yang agak keterlaluan.

Sumber: Mstar (Maszuhairah Sarimin)

Latest news