Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini

Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, hari kelepasan am itu sempena PRN Kelantan Ke-15.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan hari Ahad, 13 Ogos ini sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) bagi negeri Kelantan.

“Pengisytiharan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, malam ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd