LATEST
David Walliams epitomises a society that refuses to take responsibility iPhone 18 Pro Max নাকি Pixel 11 Pro XL, ক্যামেরায় কে এগিয়ে? শপথ অনুষ্ঠানে আরব দলগুলোর উদ্দেশে কট্টর বেন গভিরের কটূক্তি, উত্তেজনা David Walliams’ Regent’s Park home on sale for $25m Anthropic targets valuation of up to US$1.4 trillion All Blacks v Wales Nations Championship test: Line-ups, kickoff times, how to watch – all you need to know Ageing well: Health and money decisions to make in your 50s, 60s, 70s and 80s – Hannah McQueen গুলশান সেন্ট্রাল পার্কের দায়িত্ব ইয়ুথ ক্লাবকে দেওয়ায় বাপার ক্ষোভ

Sentiasa rasa nak cantik, Fara Mendoza mengaku buat pembedahan muka

Sentiasa rasa nak cantik, Fara Mendoza mengaku buat pembedahan muka

Pelakon dan usahawan, Fara Mendoza mengaku dirinya membuat pembedahan kecantikan wajah kerana enggan bersikap hipokrit terhadap pengikutnya di media sosial.

Mmeetik portal Media Hiburan, pemilik nama Norfaralinah Md Yunus mengatakan pengakuan itu dibuat kerana tidak mahu menjadi seorang yang ‘fake’ terhadap diri sendiri dan juga orang ramai.

Oleh itu, dia yang juga personaliti media sosial memilih untuk bersikap terbuka memandangkan diri seorang yang suka berkongsi mengenai kecantikan.

“Saya tak mahu jadi ‘fake’. Saya selesa jadi diri sendiri. Apa yang saya lakukan, saya senang untuk berkongsi dengan pengikut di media sosial,”katanya.

Katanya lagi, biarlah sekiranya dia mahu melakukan pembedahan pada bahagian bibir, hidung atau sebagainya kerana semuanya itu menggunakan perbelanjaan sendiri.

“Kalau ada yang kata saya ‘buat hidung’ misalnya, biarlah saya punya duit. Memang saya buat hidung (Rhinoplasty), bibir apa semua.
“Lagi pula saya memang seorang yang suka berkongsi. Kalau orang tanya saya akan cakap benda yang betul. Lebih bersikap terbuka untuk berbuat demikian,”ujarnya.

Jelas aktres berusia 33 tahun, agak sukar buat dirinya menyatakan jumlah perbelanjaan yang dihabiskan untuk rawatan kecantikan tersebut. Namun, apa yang pasti dia melakukan semua itu demi kecantikan, tampil yakin dan kepuasan diri.

“Bagi saya, kecantikan itu penting. Kita cantik bukanlah untuk nak dapatkan perhatian lelaki tapi adalah untuk kepuasan diri. Setelah kita penat bekerja, apa salahnya untuk kita manjakan diri sendiri pula.
“Saya tak dapat nak anggarkan berapa kos rawatan kosmetik yang saya lakukan. Cuma itulah, kita sentiasa rasa nak cantik. Yang pasti setiap bulan saya memang sediakan peruntukan untuk penjagaan diri,”jelasnya.

Dalam pada itu, Fara juga mengakui dirinya turut membuat pembedahan mengecilkan rahang dan tidak kisah sekiranya orang mahu berkata-kata mengenai perubahan dirinya.

Sumber: Media Hiburan

Latest news