LATEST
Sandpaper scandal: Australia captain Pat Cummins addresses media after Khawaja allegations নিজস্ব এআই এজেন্ট আনছে টিকটক নির্মাতা ByteDance How the legacy of torture has vexed the quest for 9/11 justice ২০ হাজার টাকার বাজেটের মধ্যে সেরা কিছু স্মার্টফোন Formula 1: Inside Racing Bulls’ decision to keep Liam Lawson for 2027 season – Opinion চলতি বছর জ্বালানি তেলে বিপিসির লোকসান ২৭ হাজার ৬৬৯ কোটি টাকা যৌথ বিনিয়োগে বৈদ্যুতিক গাড়ি উৎপাদন করা যায় কি না, প্রগতিকে দেখতে বলেছে সংসদীয় কমিটি Nvidia scandal: Jensen Huang’s affairs put his wife in the spotlight

Sempat kembali kepada fitrah, individu dedah Sifu Lentik tak henti sedekah

Sempat kembali kepada fitrah, individu dedah Sifu Lentik tak henti sedekah

Kematian usahawan yang juga personaliti media sosial, Muhammad Irfan Abdullah atau lebih dikenali Sifu Lentik pada Rabu lalu sememangnya mengejutkan ramai terutama di kalangan pengguna TikTok.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah lelaki berkenaan dikatakan telah menjauhkan diri daripada rakan-rakan pada penghujung hayatnya kerana mahu merahsiakan penyakit yang dihidapi.

Terbaharu, abang kepada Sifu Lentik berkongsi beberapa foto terakhir arwah sewaktu mendapatkan rawatan di hospital yang dilihat hanya terbaring lemah dan lesu.

Dalam hantaran yang sama, si abang menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai telah mendoakan akan adiknya selain sempat mengakui sangat cemburu dengan cara pemergiannya.

“Terima kasih yang mendoakan insan yag baik ini.. cemburu sangat dengan pemergianmu, adikku…
“Berehatlah adikku. Ramai yang mendoakanmu. Al-fatihah,”tulisnya.
@abg_sifu

ASSALAMUALAIKUM ..trma kasih yg.mndoakan insan yg baik ini..cemburu sgt dgn pmergianmu..adikku..#sifu #fyp #viral #viralvideo #tiktokmalaysia#fypdongggggggg

♬ Allah Yaa Rabb – Zali

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan sebak apabila mengetahui arwah sempat kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki jika hendak dibandingkan dengan perwatakan dan penampilannya seperti wanita.

Selain itu ada juga memuji sikap allahyarham yang tidak lokek berkongsi rezeki baik menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok mahupun disebalik lensa kamera.

Malah, pengasas produk kosmetik Sifu Lentik itu dikatakan sering bangun solat malam dan pendedahan tersebut dibuat oleh pesakit yang menghuni di wad yang sama dengannya.

Sumber: TikTok abg_sifu, @nanaabdulrazak5

Latest news