Penyanyi rap, Yonnyboii memaklumkan yang dia telah selamat bergelar bapa apabila isteri tersayang, Nik Nazira Narriman selamat melahirkan anak pertama mereka.
Menerusi posting yang dibuat Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, dia telah berkongsi gambar namun menutupi wajah bayi lelakinya.
“Welcome to this world boii” tulisnya.
Yonnyboi juga meluahkan rasa syukur diatas kelahiran tersebut yang secara kebetulan jatuh pada awal Muharram. Dia juga memanggil anak pertamanya sebagai Baby Kai.
Menerusi posting tersebut, dia juga berkongsi momen sewaktu menanti proses kelahiran bayinya dengan memuat naik gambar tertidur di katil hospital.
Dia juga memperlihatkan isterinya, Nik Nazira yang nampak sihat selepas melahirkan zuriat pertama mereka.

Difahamkan, pasangan ini sebenar baru sahaja pulang dari menonton tayangan perdana filem Barbie.
Nik Nazira juga sempat berkongsi gambar-gambar sewaktu menghadiri tayangan filem berkenaan sebelum bersalin di hospital.
Susulan daripada itu, Yonny dan isteri telah menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga peminat diatas kelahiran tersebut.




Untuk rekod, Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana di mana hanya dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga terdekat.
Sumber: Instagram Yonnyboii
